Labuan - Mempakul, Menumbok - Kg. Klias, Beaufort
10:30 pg : Sume ahli xpdc yg kompom joint expolrasi kali nih, bersiap & menyaip-sediakan 'kenderaan' masing2. Buat & gantung penimba, lekat accessories (buah2an), parking dsb.
11:30 pg : Final shopping utk xpdc. Borong buah2an mengikut selera-rasa -lidah. Shopping sport-bra & bottol baru. Jalan jam since ari jumaat, org kuar/balik semayang jumaat!
12:10 t/ari : Baru sampai rumah dgn segala kekelam kabutan. Macam ribut aku ready brg2 yg aku suda selongkar td pg. Kalut ready2 kan sume brg2 nuh balik.
12:50 t/ari : Berangkat dari umah menuju ke International Sea Sport Complex, dgn kuasa pecutan 100km/sejam.
13:20 t/ari : Once again aku jumpa balik gan jam, FUUHHH!!! Sampai & get ready gan 'kenderaan'. Loading barang & anchor-rage 'kenderaan' ke pantai.
14:00 ptg : Sesi stretching & bergambar bersama org2 korporat. Kunun kan masuk TV & News Paper, Glamer kajap!
17:00 ptg : Semua ahli xpdc selamat sampai ke daratan Sabah. Dari Mempakul, semua ahli xpdc & 'kenderaan kayuhan' menaiki bas & lori menuju ke Kg. Sungai Klias. Perjalanan mengambil masa 1/2jam. Boat pengiring merentas sungai yg bakal ditawan hari esok.
18:10 ptg : Ahli xpdc sampai ke Jetty Kg. Sungai Klias. Sambutan?!Fuuuhhh...MERIAH, HEBAT, DASYAT...Sambutan macam menyambut menteri2, siap ada bunyi kulintangan (musik tradisional masyarakat Sabah), bunga mayang (bunga manggar) & bunga telur. Hebat, kan?
20:45 mlm : Majlis mengalu-alukan kedatangan bermula. Bertukar-tukar cenderahati & sesi bersuai-kenalan. Acara yg paling mendapat sambutan dari semua yg datang, of'coz' la berjoget! Siap ada gambus & persembahan tradisional dari penduduk kampung. Meriah sambutan dorg. siap request lagu lagi baaa kan bejoget.
23:30 mlm : Tenaga bakal digunakan sepenuhnya esok pagi, cabaran paling getir menunggu esok. Masa untuk men'chas' battery.Zzzzzzz.......
Hari Kedua
28hb Mac 2009 (Sabtu)
Kg. Klias – Sungai Klias – Kg. Melikai, Mempakul
S06:30 pg : Sume ahli get ready dgn diri & 'kenderaan'. bermula dgn sesi stretching (menari pocho2, yg aku nda pernah pandai!). Sesi taklimat & mari mencuba kayak kpd penduduk kampung. Suasana majlis meriah sesangat, dgn macie'2 & golongan berusia yg berminat kan mencuba. Kebanyakan golongan berusia senja (nenek2, macie2 & pacie2). Ada satu nenek yg buat aku rasa sebak & terharu, katanya..."syukur tah merasa suda mcm mana rasanya bekayah". Nenek nuh kurasa berusia dlm lingkungan 60an. Buat aku terfikir psl cerita org doulu2 berkayuh utk gaji 35sen sebulan. Fikir kan?!
J09:30 pg : Journey kami bermula. Kami semua start mengayuh menuruni Sungai Klias menuju ke Kg. Melikai, Menumbok. Flag-Off kami diiringi dgn iringan lagu 'Balik Kampung' meninggalkan penduduk Kg. Klias yg best. Perjalanan seharian ini dianggarkan sejauh 29km, kira-kira kami dijangkakan sampai di transit persinggahan jam 16:30ptg. Di awal kayuhan, kami disajikan dgn pemandangan yg unik. Monyet Belanda yg femes kat area nih menyambut kedatangan kami di area jajahan mereka. Musti dorg fikir "sapa laa yg buang tebiat nih dtg tempat mcm nih utk bercuti & bersuka ria?" Kompom monyet2 nuh heran!
12:00 t/ari : Masa utk lunch & rehat. Perjalanan masih lg jauh (penghujung yg tak pasti). Lepak 1/2jam slps makan & start journey back to penghujung yg tak pasti! Walaweeyyyy...Tiap kali lepas tanjung lg nampak tanjung seterusnya, sayup2 jauh nampa berkabus.
15:30 ptg : Kayuhan/perjalanan saat2 akhir dgn menggunakan tenaga yg hampir kehabisan. Masing2 hanya berbekalkan kesungguhan & semangat utk sampai, 'hailam', amarah semua keluar timr th. Ayat yg paling pemes ku 'hanya Tuhan saja yg tahu perasaan ku saat ani'. Ceria suasana ketika ada yg buat lawak 'susu Xpired & keracunan'.
16:30 ptg : Kumpulan kami mula bertemu dgn beberapa biji bot milik penduduk kampung yg menahan pukat di sepanjang pokok2 nipah & bakau. Lega rasa hati sedikit, rasa mcm semakin hampir kumpulan kami dgn ketamadunan manusia (kepayahan jua bunyinya liauwwwww....). Apa yg sure & aku perasan, sepanjang sungai nih. Bnyk buah nipah yg tidak dituai, rasa2 kalu buat rancangan survivor kompom nda lapar. Bnyk makanan!
17:30 ptg : Kumpulan kami sudah sampai di jetty Kg. Melikai, seronoknya hanya Tuhan saja yg tahu. Time tuh baru rasa betapa bersyukurnya & seronoknya nampak jetty/daratan. Kumpulan kami terpaksa menolak 'kenderaan' menuju ke perkampungan untuk bermalam di Dewan Serbaguna/Balai Raya Kg. Melikai. Sepanjang melalui selut berlumpur, seorg kwn terpijak 'Lapu' sejenis ikan berbisa. Kesian Mawi terpaksa di hantar ke Hospital Menumbok yg jauh untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
18:00 ptg : Sekali lg, kami dilayan dgn baik oleh penduduk kampung. Kami menumpang mandi di salah sebuah rumah penduduk kampung tersebut, kami dihabarkan bekalan paip-air-bersih di kampung ini memang susah diperolehi. Penduduk kampung terpaksa menadah air hujan utk kegunaan harian. Kesiannya dorg..
19:15 mlm : Semua ahli xpdc berasa sangat LAPAR....Nasib baik ada 'anak asuhan' Pukak yg baru dtg dari daratan membawa bekalan kudap-kudapan utk mengalas perut. Kami menyantap beramai2, berbahagi2 makanan yg sedikit. Terasa mcm kesian, mcm akrab saja & terasa rangka jua eeeh.
19:50 mlm : Makanan yg diidamkan sampai bersama ketam KALOK yg ditempah khas. Semua org kecuali beberapa org yg kelaparan & berkemampuan berkenderaan di darat, meratah ketam hingga LICIN. Aku mmg nda pandai makan Ketam, sbb aku nda pandai buka kulit ketam yg ku tahu makan udang saja. Banyaknya ketam mlm nuh, aku just makan 1ekor saja. Hampeh!
20:30 mlm : Acara mengalu-alukan kedatang sekali lagi diadakan di Kg. Melikai. Kali nih part yg paling best sekali ada acara 'Rebut Kerusi' . Acara ni acara time budak2, kerusi disusun membulat, lagu dimainkan & bila lagu berhenti semua org musti duduk di kerusi yg tersedia. Tp hanya beberapa org sahaja yg tidak akan dpt duduk & org itu dikira kalah. Time games nih berlangsung, kejadian y tidak dpt dilupakan oleh sume. KERUSI PATAH! Aku nak duduk sangat, tp tadak kerusi time panik aku rembat ja duduk mana2 kerusi yg paling hampir, tup2 aku dgr bunyi mcm bende patah! For sure, kwn aku duduk terlentang kat lantai. Sume org pakat gelak tak hengat.
22;30 mlm : Acara disingkatkan memandangkan semua ahli xpdc tlh terlelap kepayahan! Suasana mlm tok, 'Lena Diulit Kuruh yg Nyenyak Kepayahan'.
Hari Ketiga (Final Countdown)
29hb Mac 2009
06:00 pg : Bersiap & breakfast untuk memulakan kayuhan balik ke Labuan. Semua ahli xpdc bersemangat utk balik & hampir semuanya bertenagan. Full Chas di mlm kali ah…
07:30 pg : Semua ahli xpdc telah melabuhkan ‘kenderaan’ di hadapan jetty Kg. Melikai & sesi breakfast, bergambar, bermesra serta memulakan kembali perjalanan. 10km jarak dari Sg. Melikai untuk keluar ke Ferry Jetty Menumbok.
10:30 pg : Kami menyelisir pantai menuju ke Mempakul utk menemui boat kami, disana kami mengambil bekalan makanan t/hari utk singgah makan di Pulau Daat. Dayungan kami menuju ke Pulau Daat, salah satu pulau2 kecil sekitar Labuan. Sekali lg dayungan kami beriringan dgn jadual perjalanan Ferry ke Labuan.
B11:40 pg : Berhenti rehat di Pulau Daat utk. Makan t/ari. Di sini kami berhenti 1/2jam, sambil berehat & mengimbau kenangan ketika program yg lepas2 sambil menikmati panorama indah sekitar Pulau Daat.
12:30 t/ari : Perjalanan diteruskan menuju balik ke Labuan. Sepanjang dayungan balik, keadaan laut agak berangin serta berombak! (what do you expect?!) Keadaan ini sedikit merumitkan dayungan kami semua hingga ada yang bertukar partner di awal dayungan terpaksa mengerah sepenuh tenaga utk membawa partner yg tidak mampun berkayuh. Kredit buat ROY, sbb tlh menjalankan tugas mengayuhkan partner dari Pulau Daat sampai ke Labuan.
13: 50 ptg : Kesemua ahli Xplorasi Sg. Klias telah selamat sampai ke Labuan biarpun dgn keletihan yg amat sangat. Namun kegembiraan serta kesyukuran terbit dari diri setiap ahli kerana telah merealisasikan mission utk menjelajahi Sg. Klias. Sesi penyerahan sijil serta penutupan program. Kami membersihkan ‘kenderaan’ kami & berharap yg selepas ini akan ada kesempatan utk kami bertemu lg di program bln5, Insyallah…Gunung di Pulau Banggi, Kudat menanti.
No comments:
Post a Comment