Wednesday, May 27, 2009

Sekeping Hati Tua & Sebakul Bakul Kosong

Hancurnya sekeping hati tua pabila menatap kelibat si anak yg membimbit bakul.

Bakul itu kosong!
Kosong, sekosong kocek seluarnya!
Tujuannya hanya satu, melihat-lihat kesibukan & keriuhan orang ramai membeli.
Keramaian itu sedikit melupakan realiti hidupnya.

Hati tua yang sedia hancur, hanya mampu menitiskan airmata tuanya!
Beliau terus mencari kelibat si anak dengan bakul kosongnya, namun hampa.

Dirumah, beberapa kujur tubuh kecil bermain & bergelak tawa riang. Iya...mereka riang tanpa sebarang masalah, taunya hanya bermain, bergembira, ketawa riang pabila tiap kali tetamu datang membawa coklat atau aiskrim.

Manis!
Coklat & aiskrim pastinya manis rasanya, tapi senyuman serta kegirangan tawa tubuh-tubuh kecil dengan gigi yang rongak tampak begitu manis di pandangan mata hati tua itu. Tiba-tiba air mata sayunya menganak mengalir...

Si anak dengan bakul kosongnya mendapati tubuh-tubuh kecil yang bergigi rongak begitu rakus menjilat aiskrim & meratah kesedapan coklat pemberian ikhlas tetamu tadi. Si anak juga menatap sayu tubuh-tubuh kecil bergigi rongak yang leka menyantap sajian ringan mereka. Pastinya manis rasanya!

Hati tua bagai disiat-siat pabila nampak kelibat si anak dengan bakul kosongnya lalu di hadapan mata. Kini hanya mereka sahaja, bertemankan beberapa kelibat tubuh kecil bergigi rongak yang leka dengan manisnya. Hanya mereka tanpa ada riuh pasaraya orang membeli-belah, kesunyian yang menyedarkan si anak akan nasib diri serta tanggungannya.

Hati tua mula panas & mulut tuanya yang telah berkerut menampakkan perjalanan hidup yang telah dilaluinya bersuara lancang. Kelancangannya melempiaskan perasaanya sayunya, geramnya pada si anak yang tetap membantu walau hatinya sakit bagai dihiris belati.


** Allah menurunkan hujan kala panas terik untuk memberikan sedikit kesejukan pada hambanya. Bersama-sama hujan turut disertakan kebaikan-kebaikan yang tersembunyi untuk semua mahkluk di muka bumi. Seketika selepas hujan, muncul pelangi untuk memberikan sedikit senyuman. **

No comments: