Tuesday, April 14, 2009

Hard Disk ku

Arrrrrgggghhhhhhhhhhh.........

Hard Disk aku nda bulih read!!! Aku nda bulih view/display/explore isi kandungan Hard Disk aku. Mcm2 khazanah ada dlm Hard Disk nuh.....Terpaksa mintak tlg otai IT, tlg cure ker, tlg check ker, tlg tgk2 je ker.......

Mintak2 bulih lah bukak sementara waktu nih, just mo ambik file dlm & transfer tmpt selamat cket sblm aku terpaksa beli Hard Disk baru.

HARD DISK BARU?!!!! $$$$$$$$$$$$$$...........mana nak cekau/cilok?

Arrrrrgggghhhhhhhhhhh.........

P.O.Y.O

Kemarin ptg hujan turun sedang2, aku terliur mo makan laksa di gerai dekat area sklh Kerupang. Tmpt tu mmg 'hot spot' utk membeli makanan juadah minum ptg (w/pn time aku tgh mengidam memborong laksa suda jam 18:00 hrs.).

Jadi cerita, tmpt gerai bejual laksa nuh mmg crowded dgn org mo beli burgre, nasik kerabu & mcm2 ada...Tgh aku tunggu laksa di bungkus, dtg satu 'mamat berbaju seragam' (anggota keselamatan rasanya tp yg sure bukan security...). Aku maintain cool ja w/pn org td mcm kerek semacam mintak bungkus nasik dgn kakak kat gerai nuh dgn kasar!

Mamat nuh borak dgn barder jual burger kt gerai sebelah, tetiba kereta belakang aku membunyikan hon. Aku ingat apa laaa...tekujat eden sekojap! Tp part yg aku mcm bengkek sesangat nuh, rupa2nya kereta 'mamat berbaju seragam' td blocking kereta yg membunyikan hon di belakang ku.

'Mamat berbaju seragam' td, merenung kereta td dgn sombong & mata mcm mo makan org (tau la lapar bro....). 'Mamat berbaju seragam' tadi siap sound dgn kasar kt kereta tadi. Nasib baik org dlm kereta td dtg dgn family, kalu nda kompom sure 'kamikazie'....Banzai....

Aku heran la dgn 'mamat berbaju seragam' td, mcm mana kalu kereta dia yg kene block? Kompom dia pun dh hangen satu badan. Kene timbang rasa la situasi org lain time tuh, nak2 time tuh dh nak masuk maghrib.

Ntah la...kadang2 kalu kita terlampau ambik pusing hal org/pendapat org kita sendiri yg tersepit dlm delima. Tp yg sure penting is 3R "Relax, Respek, Respond"...

POYO btol la 'mamat berbaju seragam' tuh!

Saturday, April 11, 2009

Women, Hijab & ME

Tahu : Since schooling days.
Nawaitu : Since I'm 21.
Trying w/o ready : Past 10 yrs.
Ready : Past 2 yrs.
Where am I now?! WHY still thinking about it?!

Best Picture - Xplorasi Sg. Klias

Sorotan gambar2 dari Xploari yg lalu, aku suda dpt kumpulkan hampir sume gambar2 dari camera2 yg berkenaan. Hasilnya, nih la antara personal selection best picture semasa Xplorasi tuh. Aku nih bukannya tergolongan dlm trainer photography, tp sume org tertarik pada sesuatu yg mmg nampak menarik! Cantek, lawa, menarik kan universal! SUBJECTIVE...

Gambar yg paling BEST aku rasa sepanjang program nih. Gmbar nih mengambarkan cerita/situasi sebenar 'cabaran' Xplorasi tsbt.

Gambar nih pon aku suka, sbb nampak lawa & cantek dgn warna-warni kayak as a background.

Gambar nih plak aku rasa mcm klasik! Ntah mcm mana mo explain, tp mmg klasik je nampak nya.

Gambar yg last nih pon kira aku suka, gambar nih ambik time pag sblom flag-off balik. Gambar nih dgn rasminya jd wallpaper laptop aku.

Sume gambar2 nih aku upload tanpa ada kerja2 edit-mengedit, addittional-fabrication ker modification ke hapa. Setiap gambar yg di'upload'kan dlm nih sume masih 'fresh bake' straight from the oven! Or should I said, from the came?!


Tuesday, April 7, 2009

My job S#&*@

I hate my job! Kalu tak hengat fact that I have to pay for the bills, support my family, batah dh aku QUIT!

Aku tepaksa stay for all that reason...

Sekang aku end-up to be like this! A very BAD2 employer, name it mende2 buruk yg aku penah buat as pekerja.

1. Datang lambat - huh every day punch card ku MERAH!
2. Ponteng keje - ada satu tahap yg aku MALAS dtg keje, sampai seminggu aku tak dtg!
3. Keje ikut suka hati - aku malas keje aku monteng, kadang2 aku masuk time t/ari.
4. Jadi pasu bunga - Part nih aku blh ampun cket la, sbb aku kalu dh stok mls keje aku mmg monteng keje. Nda la aku dtg keje tp duduk2 ja buat mende lain atau dlm istilah bhs ku 'Pasu Bunga'.

Walaweyyyy.......HAMPEH!

Monday, April 6, 2009

TUNAS

Kemarin ptg aku dh selesai khatam buku [tunas] yg tlh lama ku idam-idamkan. Well...the story just I expected,mcm yg penah aku baca dlm blog penulisnya. Lps abis baca ceta nuh, tetiba memory lane la pulak! Teringat time budak nakal, time baru nak kenal idup, time still mintak duit mak bapak (sometimes aku still mcm nuh skang pon, haru!)

Time nuh best giler...just pikir g sklh, bljr, having fun, buat keje sklh, buat homework & the same routine sampai abis semester. Even aku bukan budak hostel mcm bebudak dlm ceta [tunas] tp kalu buat survey for sure most of the responder will ckp yg time sklh is the best time ever! Except for those who having some bad memory during schooling days.

'Sekolahku...sekolahku kau...pemberi ilmu, buat ku dewasa..." antara bait-bait lirik lagu mamat exsit yg ceritakan keseronokan zaman sekolah.

Well zaman sklh aku yg tengah top lagu 'Fiona" 4U2C sampai some of my girlfriends berangan jd si gadis pemilik nama kucing. Aku yg tengah kemaruk dgr lagu-lagu NICO & ber O-la-la dgn KRU. Zaman aku sklh menengah rendah tgh top lagu-lagu rap & hip-hop. Kalu ceta zaman sklh menegah tinggi pulak, aku pindah sklh dekat area bandar. Zaman lagu2 alternatif/indie rock muzik, butterfinger baru bertubuh, pilgrims jd bualan, nirvana jd influence kt geng2 aku yg minta nk tubuh bandgroup , metallica utk yg lebih keras. Zaman kene jemur psl April Fool! Wakakaka... HARU!!!

Alla...hai...

Wednesday, April 1, 2009

Explorasi Sg. Klias

Hari Pertama
27hb Mac 2009 (Jumaat)
Labuan - Mempakul, Menumbok - Kg. Klias, Beaufort

10:30 pg : Sume ahli xpdc yg kompom joint expolrasi kali nih, bersiap & menyaip-sediakan 'kenderaan' masing2. Buat & gantung penimba, lekat accessories (buah2an), parking dsb.

11:30 pg : Final shopping utk xpdc. Borong buah2an mengikut selera-rasa -lidah. Shopping sport-bra & bottol baru. Jalan jam since ari jumaat, org kuar/balik semayang jumaat!

12:10 t/ari : Baru sampai rumah dgn segala kekelam kabutan. Macam ribut aku ready brg2 yg aku suda selongkar td pg. Kalut ready2 kan sume brg2 nuh balik.

12:50 t/ari : Berangkat dari umah menuju ke International Sea Sport Complex, dgn kuasa pecutan 100km/sejam.

13:20 t/ari : Once again aku jumpa balik gan jam, FUUHHH!!! Sampai & get ready gan 'kenderaan'. Loading barang & anchor-rage 'kenderaan' ke pantai.

14:00 ptg : Sesi stretching & bergambar bersama org2 korporat. Kunun kan masuk TV & News Paper, Glamer kajap!


17:00 ptg : Semua ahli xpdc selamat sampai ke daratan Sabah. Dari Mempakul, semua ahli xpdc & 'kenderaan kayuhan' menaiki bas & lori menuju ke Kg. Sungai Klias. Perjalanan mengambil masa 1/2jam. Boat pengiring merentas sungai yg bakal ditawan hari esok.


18:10 ptg : Ahli xpdc sampai ke Jetty Kg. Sungai Klias. Sambutan?!Fuuuhhh...MERIAH, HEBAT, DASYAT...Sambutan macam menyambut menteri2, siap ada bunyi kulintangan (musik tradisional masyarakat Sabah), bunga mayang (bunga manggar) & bunga telur. Hebat, kan?

20:45 mlm : Majlis mengalu-alukan kedatangan bermula. Bertukar-tukar cenderahati & sesi bersuai-kenalan. Acara yg paling mendapat sambutan dari semua yg datang, of'coz' la berjoget! Siap ada gambus & persembahan tradisional dari penduduk kampung. Meriah sambutan dorg. siap request lagu lagi baaa kan bejoget.

23:30 mlm : Tenaga bakal digunakan sepenuhnya esok pagi, cabaran paling getir menunggu esok. Masa untuk men'chas' battery.Zzzzzzz.......

Hari Kedua

28hb Mac 2009 (Sabtu)

Kg. Klias – Sungai Klias – Kg. Melikai, Mempakul

S06:30 pg : Sume ahli get ready dgn diri & 'kenderaan'. bermula dgn sesi stretching (menari pocho2, yg aku nda pernah pandai!). Sesi taklimat & mari mencuba kayak kpd penduduk kampung. Suasana majlis meriah sesangat, dgn macie'2 & golongan berusia yg berminat kan mencuba. Kebanyakan golongan berusia senja (nenek2, macie2 & pacie2). Ada satu nenek yg buat aku rasa sebak & terharu, katanya..."syukur tah merasa suda mcm mana rasanya bekayah". Nenek nuh kurasa berusia dlm lingkungan 60an. Buat aku terfikir psl cerita org doulu2 berkayuh utk gaji 35sen sebulan. Fikir kan?!

J09:30 pg : Journey kami bermula. Kami semua start mengayuh menuruni Sungai Klias menuju ke Kg. Melikai, Menumbok. Flag-Off kami diiringi dgn iringan lagu 'Balik Kampung' meninggalkan penduduk Kg. Klias yg best. Perjalanan seharian ini dianggarkan sejauh 29km, kira-kira kami dijangkakan sampai di transit persinggahan jam 16:30ptg. Di awal kayuhan, kami disajikan dgn pemandangan yg unik. Monyet Belanda yg femes kat area nih menyambut kedatangan kami di area jajahan mereka. Musti dorg fikir "sapa laa yg buang tebiat nih dtg tempat mcm nih utk bercuti & bersuka ria?" Kompom monyet2 nuh heran!

12:00 t/ari : Masa utk lunch & rehat. Perjalanan masih lg jauh (penghujung yg tak pasti). Lepak 1/2jam slps makan & start journey back to penghujung yg tak pasti! Walaweeyyyy...Tiap kali lepas tanjung lg nampak tanjung seterusnya, sayup2 jauh nampa berkabus.

15:30 ptg : Kayuhan/perjalanan saat2 akhir dgn menggunakan tenaga yg hampir kehabisan. Masing2 hanya berbekalkan kesungguhan & semangat utk sampai, 'hailam', amarah semua keluar timr th. Ayat yg paling pemes ku 'hanya Tuhan saja yg tahu perasaan ku saat ani'. Ceria suasana ketika ada yg buat lawak 'susu Xpired & keracunan'.

16:30 ptg : Kumpulan kami mula bertemu dgn beberapa biji bot milik penduduk kampung yg menahan pukat di sepanjang pokok2 nipah & bakau. Lega rasa hati sedikit, rasa mcm semakin hampir kumpulan kami dgn ketamadunan manusia (kepayahan jua bunyinya liauwwwww....). Apa yg sure & aku perasan, sepanjang sungai nih. Bnyk buah nipah yg tidak dituai, rasa2 kalu buat rancangan survivor kompom nda lapar. Bnyk makanan!

17:30 ptg : Kumpulan kami sudah sampai di jetty Kg. Melikai, seronoknya hanya Tuhan saja yg tahu. Time tuh baru rasa betapa bersyukurnya & seronoknya nampak jetty/daratan. Kumpulan kami terpaksa menolak 'kenderaan' menuju ke perkampungan untuk bermalam di Dewan Serbaguna/Balai Raya Kg. Melikai. Sepanjang melalui selut berlumpur, seorg kwn terpijak 'Lapu' sejenis ikan berbisa. Kesian Mawi terpaksa di hantar ke Hospital Menumbok yg jauh untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

18:00 ptg : Sekali lg, kami dilayan dgn baik oleh penduduk kampung. Kami menumpang mandi di salah sebuah rumah penduduk kampung tersebut, kami dihabarkan bekalan paip-air-bersih di kampung ini memang susah diperolehi. Penduduk kampung terpaksa menadah air hujan utk kegunaan harian. Kesiannya dorg..

19:15 mlm : Semua ahli xpdc berasa sangat LAPAR....Nasib baik ada 'anak asuhan' Pukak yg baru dtg dari daratan membawa bekalan kudap-kudapan utk mengalas perut. Kami menyantap beramai2, berbahagi2 makanan yg sedikit. Terasa mcm kesian, mcm akrab saja & terasa rangka jua eeeh.

19:50 mlm : Makanan yg diidamkan sampai bersama ketam KALOK yg ditempah khas. Semua org kecuali beberapa org yg kelaparan & berkemampuan berkenderaan di darat, meratah ketam hingga LICIN. Aku mmg nda pandai makan Ketam, sbb aku nda pandai buka kulit ketam yg ku tahu makan udang saja. Banyaknya ketam mlm nuh, aku just makan 1ekor saja. Hampeh!

20:30 mlm : Acara mengalu-alukan kedatang sekali lagi diadakan di Kg. Melikai. Kali nih part yg paling best sekali ada acara 'Rebut Kerusi' . Acara ni acara time budak2, kerusi disusun membulat, lagu dimainkan & bila lagu berhenti semua org musti duduk di kerusi yg tersedia. Tp hanya beberapa org sahaja yg tidak akan dpt duduk & org itu dikira kalah. Time games nih berlangsung, kejadian y tidak dpt dilupakan oleh sume. KERUSI PATAH! Aku nak duduk sangat, tp tadak kerusi time panik aku rembat ja duduk mana2 kerusi yg paling hampir, tup2 aku dgr bunyi mcm bende patah! For sure, kwn aku duduk terlentang kat lantai. Sume org pakat gelak tak hengat.

22;30 mlm : Acara disingkatkan memandangkan semua ahli xpdc tlh terlelap kepayahan! Suasana mlm tok, 'Lena Diulit Kuruh yg Nyenyak Kepayahan'.

Hari Ketiga (Final Countdown)

29hb Mac 2009

Kg. Melikai - Sungai Melikai – Menumbok – Mempakul - Pulau Daat – Labuan

06:00 pg : Bersiap & breakfast untuk memulakan kayuhan balik ke Labuan. Semua ahli xpdc bersemangat utk balik & hampir semuanya bertenagan. Full Chas di mlm kali ah…


07:30 pg : Semua ahli xpdc telah melabuhkan ‘kenderaan’ di hadapan jetty Kg. Melikai & sesi breakfast, bergambar, bermesra serta memulakan kembali perjalanan. 10km jarak dari Sg. Melikai untuk keluar ke Ferry Jetty Menumbok.

10:00 pg : Kedatangan kami di Jetty Ferry Menumbok beriringan dgn Ferry dari Labuan, so kedatangan kami mengundang perhatian ramai. Kami berhenti rehat 1/2jam di sekitar pekan Menumbok utk shopping. Kebetulan ada 'tamu' hari minggu, kitaorg ambil kesempatan utk membeli bekalan makanan spt. pisang, air tebu, kerepek & LEMIDING! Nana, partner ku beramu lemiding di tamu Menumbok. Tangah'Junie membintur KATAM di 'tamu' Menumbok. Punyalah ramai org hairan melihat kami yg berlifejacket berkeliaran di sekitar pekan Menumbok!

10:30 pg :
Kami menyelisir pantai menuju ke Mempakul utk menemui boat kami, disana kami mengambil bekalan makanan t/hari utk singgah makan di Pulau Daat. Dayungan kami menuju ke Pulau Daat, salah satu pulau2 kecil sekitar Labuan. Sekali lg dayungan kami beriringan dgn jadual perjalanan Ferry ke Labuan.




B11:40 pg : Berhenti rehat di Pulau Daat utk. Makan t/ari. Di sini kami berhenti 1/2jam, sambil berehat & mengimbau kenangan ketika program yg lepas2 sambil menikmati panorama indah sekitar Pulau Daat.




12:30 t/ari : Perjalanan diteruskan menuju balik ke Labuan. Sepanjang dayungan balik, keadaan laut agak berangin serta berombak! (what do you expect?!) Keadaan ini sedikit merumitkan dayungan kami semua hingga ada yang bertukar partner di awal dayungan terpaksa mengerah sepenuh tenaga utk membawa partner yg tidak mampun berkayuh. Kredit buat ROY, sbb tlh menjalankan tugas mengayuhkan partner dari Pulau Daat sampai ke Labuan.

13: 50 ptg : Kesemua ahli Xplorasi Sg. Klias telah selamat sampai ke Labuan biarpun dgn keletihan yg amat sangat. Namun kegembiraan serta kesyukuran terbit dari diri setiap ahli kerana telah merealisasikan mission utk menjelajahi Sg. Klias. Sesi penyerahan sijil serta penutupan program. Kami membersihkan ‘kenderaan’ kami & berharap yg selepas ini akan ada kesempatan utk kami bertemu lg di program bln5, Insyallah…Gunung di Pulau Banggi, Kudat menanti.